InsyaAllah ianya boleh digunakan sebgaia terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

– Perisai diri

– Perisai tempat kediaman,tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya.

– Memberi ketenangan jiwa

– Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif

-Menghilangkan sejuk badan

– Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar

– Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus,jin,hantu dan sebagainya.

– Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat ‘keras’ seperti hutan,lautan yang luas, tasik-tasik,sungai-sungai,bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainya.

– Doa perlindungan dari disihirkan orang,dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya.

 

CARA PENGGUNAAN:

– Berdiri menghadap kiblat,tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.

– Beristighfar dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.

– Berselawat 3x dan gemakan niat atau doa ketika mulai menyapu kasturi.

– Gemakan niat seperti : ” Ya Allah jadikanlah usaha ku yang sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku”.

– Kemudian hidu lah bau kasturi sedalam-dalamnya.

-Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya.

 

SEBAGAI PERISAI DIRI/SHIELD (Aura Protection):

Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan belakang telinga.

– Sapu dibahagian bahu kiri dan kanan.

– Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan.

– Sapu juga pada leher serta hidulah bau kasturi itu sedalamnya.

– Sekiranya terdapat kanak-kanak yang sering menangis di tengah malam,sapukan sedikit pada belakang telinga dan ubun-ubun kanak-kanak tersebut.

 

SEBAGAI PERLINDUNGAN TEMPAT KERJA, RUMAH DAN TEMPAT PERNIAGAAN:

– Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap kasturi diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.

– Sediakan satu bekas yang telah diisi dengan air,sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk.

– Mulai dengan masukkan jari kedalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dengan jari anda mengikut pusningan tawaf(Anti-Clockwise)

– Gemakan niat seperti : ” Ya Allah jadikanlah usaha ku yang sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku daripada kejahatan manusia dan jin”.

– Baca 3qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.

– Masukkan kedalam botol spray kemudian spray lah ke dinding rumah atau ruang tamu di pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.